Ahmad Idham tinggalkan FINAS

0
753

Oleh MUZLINA ABU BAKAR

 

DALAM diam Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Ahmad Idham Ahmad Nadzri telah pun meninggalkan Finas pada 10 Mac lalu sebagai menamatkan kontraknya untuk tempuh setahun.

Majlis perpisahan untuk Idham telah diadakan oleh kakitangan Finas di Petaling Jaya pada tarikh tersebut.

Ahmad Idham dilantik sebagai CEO Finas pada 11 Mac 2019 untuk tempuh dua tahun.

Bagaimanapun pada 4 Disember lalu, beliau telah menghantar surat kepada Ahli Lembaga Pengarah Finas untuk memendekkan kontraknya atas sebab peribadi.

Permohonan beliau telah diterima dan diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Ahmad Idham dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Finas oleh Menteri Komunikasi Multimedia Malaysia (ketika itu), Gobind Singh Deo untuk tempuh dua tahun bermula 11 Mac 2019 dan sepatutnya berakhir pada 10 Mac 2021.

AHMAD Idham Ahmad Nadzri tinggalkan Finas pada 10 Mac lalu setelah setahun menjalankan tugas CEO pada 11 Mac 2019.

Namun keputusan beliau menghantar surat perletakan jawatan sebelum tamat tempuh kontraknya telah menimbulkan kontroversi dan kemelut dalam industri kreatif tanahair.

Disebabkan kemelut itu pada 10 Disember lalu, enam persatuan antaranya SENIMAN, Profima dan FDAM ( Persatuan Sutradara Malaysia) telah mengadakan sidang akhbar dan menggesa Gobind Singh Deo dan Pengerusi Finas, Datuk Hans Isaac dan Ahli Lembaga Pengarah meletak jawatan.

Hans Isaac dilantik sebagai Pengerusi Finas bagi tempuh dua tahun berkuatkuasa pada 8 April 2019.

Ahmad Idham ketika ditemuramah oleh BebasNews pada 11 Disember lalu memberitahu setelah surat perletakan jawatannya diterima dan diluluskan beliau diberi cuti selama tiga bulan tanpa gaji.

Menurut Idham, walau apapun yang terjadi setelah melepaskan jawatannya, beliau harus meneruskan hidup demi isteri dan empat orang anak mereka.

Sebagai pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang perfileman, Ahmad Idham telah menerima tawaran daripada beberapa universiti tempatan untuk menjadi pensyarah sambilan.

Disamping itu, beliau juga memberitahu akan memasuki set penggambaran filem pada Januari 2020.

Bagaimanapun pada 10 Januari 2020, Ahmad Idham dipanggil bertugas semula di Finas sehingga kontraknya tamat pada 10 Mac lalu.

Setelah menjalankan tugasnya genap setahun seperti yang disebut dalam kontraknya, Ahmad Idham ‘mengucapkan’ selamat tinggal kepada Finas.

Bagaimanapun sehingga saat ini, Ahmad Idham Ahmad Nadzri ketika dihubungi untuk mendapatkan komen daripadanya tidak menjawab panggilan telefon.

HASSAN Asbor Hassan Muta’at menanggung kerja CEO Finas.

Setelah Ahmad Idham menamatkan tugasnya sebagai CEO Finas ramai di kalangan penggiat seni dan industri kreatif tertanya-tanya siapakah yang akan menggantikan tempat beliau.

Sehingga hari ini tiada siapa pun yang tahu siapakah bakal Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finas yang baru kerana hanya Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah yang akan menentukan.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Unit Komunikasi Korporat Finas, Mohamad Syimir Alfi Zahari ketika dihubungi hari ini memberitahu, buat masa ini Hassan Asbor menanggung kerja CEO Finas.

Hassan Asbor Hassan Muta’at adalah Timbalan Ketua Pengarah Produksi dan Teknikal Finas mula menjalankan tugas berkenaan pada 11 Mac lalu sehingga CEO baru dilantik.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here