117 kes baru Covid-19 hari ini, jumlah kini 790

0
748

MALAYSIA mencatatkan 117 kes positif Covid-19 yang baru setakat pukul 12 tengah hari tadi, menjadikan kes keseluruhan meningkat kepada 790 kes, menurut Kementerian Kesihatan.

Menterinya Dr Adham Baba berkata, daripada 117 kes yang dilaporkan itu, 80 daripadanya berkaitan dengan kluster perhimpunan Tabligh di Masjid Seri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.

Ini bermakna Malaysia mencatat lebih 100 kes baru untuk hari keempat berturut-turut.

Terdapat 120 kes baru yang dilaporkan semalam, 125 kes pada 16 Mac dan 190 kes pada 15 Mac.

Sementara itu, seramai 15 pesakit yang positif Covid-19 kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan, katanya lagi.

https://www.malaysiakini.com/news/515324
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here