Maya Matahari meninggal dunia kerana kanser payu dara

0
421
MYANALIZA Ruslee atau Maya Matahari meninggal dunia di Hospital Ramsay Sime Darby, Subang Jaya.

Oleh MUZLINA ABU BAKAR

PENYANYI Myanaliza Ruslee atau lebih dikenali Maya Matahari,44, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ramsay Sime Darby, Subang Jaya pada pukul 4 petang Rabu akibat kanser payu dara.

Myanaliza atau mahu dikenali sebagai Mya Ruslee dikatakan mula mengidap kanser tersebut sebelum menyertai Gegar Vaganza musim ke-lima pada 2018.

Setelah berakhirnya GV5 di mana Allahyarham menduduki tempat kelima, Allahyarham dikatakan telah menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi di Hospital Pantai, Bangsar pada tahun 2019.

Apabila keadaannya dikatakan stabil, Maya sering berulang alik ke Johor Baharu untuk menjalankan tugasnya sebagai deejay Best 104, di Johor Baharu.

Bagaiamanapun, kata Awin, kawan baik Allahyarham, apabila kesihatan Maya kian menurun beliau menemaninya ke China untuk menjalani rawatan kanser.

“Pada pertengahan Januari hingga 16 Februari lalu, saya menemani Maya menjalani rawatan kanser di Hospital Kanser Fuda, Universiti Jinan, Guangzhou, China.

“Sebenarnya sekembalinya dari China setelah sebulan di hospital kanser, Maya tidak sihat kerana kansernya telah merebak di banyak bahagian dalaman di badannya.

“Namun saya kagum kerana dia seorang yang kuat semangat dan dia dijaga dengan baik oleh jururawat peribadi yang menjaganya di rumah,” kata Awin.

Menurut Awin, kini semua menanti keputusan keluarga Allahyarham untuk kebumikan jenazahnya.

Buat masa ini, pihak keluarga menanti kebenaran pihak hospital untuk membawa keluar jenazah Allahyarham.

GAMBAR dari IG Nadia Mustafar bersama Ieda Moin dan suami ketika melawat Maya di rumahnya baru-baru ini.

Myanaliza mula dikenali setelah album pertamanya “Matahari” diedarkan pada tahun 1995.

Sejak itu, penyanyi yang berasal dari Johor ini mula dikenali sebagai Maya Matahari.

Dari kejayaan album pertama, Maya muncul dengan album “Diari Biru” dan “Mata.”

Selain menyanyi, Maya juga berbakat dalam bidang lakonan. Gemerlapan adalah filem pertama lakonannya yang diterbitkan pada tahun 1997.

Sejak itu, Maya mula mengorak langkah dalam bidang lakonan drama antaranya “Tetamu Rindu” drama 13 episod yang disiarksn di RTM 1, Maya juga banyak menerima tawaran berlakon teater antaranya Nyiur Gading Puncak Mahligai, Uda dan Dara, Seruan Damai dan Hotel Malaya.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here