Sikap buruk orang awam berdepan Covid-19

0
555
FOTO: The Star.

Oleh FETTY RARA

WALAUPUN arahan kawalan pergerakan dilaksanakan masih ramai yang berdegil meneruskan tabiat biasa seperti melepak di medan selera dan makan dalam premis makanan pada hari pertama penguatkuasaan semalam.

Tidak kurang ramai juga yang menuju ke taman awam untuk bersenam walaupun tempat-tempat tersebut turut terbabit, lapor The Star.

Di George Town, Pulau Pinang ramai yang dilihat mengambil ringan keadaan dan masih berkumpul tanpa mempedulikan arahan supaya tidak melakukannya.

Tinjauan rambang di Balik Pulau mendapati sesetengah penduduk berada di kedai kopi untuk minum dan bersembang seperti mana pagi-pagi biasa.

Di Esplanade pula kira-kira 15 warga emas dilihat berkumpul berborak, sementara di promenade Padang Kota berhampiran beberapa orang duduk atas tembok di bawah pokok sambil makan.

Di Jelutong kerusi dan meja dilipat dan disusun tinggi di kedai-kedai makan supaya tidak digunakan oleh pelanggan.

Pegawai-pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang kelihatan memeriksa beberapa kawasan, termasuk Cecil Street bagi memastikan orang ramai akur dengan arahan kawalan pergerakan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here