Di Kuala Lumpur ada yang masih berdegil

0
325

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

DI Kuala Lumpur, taman-taman awam masih dikunjungi walaupun pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menutup semua kawasan tersebut.

Notis penutupan dinaikkan di kesemua 13 taman awam pada Selasa. Penutupan juga melibatkan semua perpustakaan awam dan taman awam komuniti.

Kebanyakan restoran dan gerai tepi jalan kelihatan ditutup, kecuali premis yang hanya menyediakan makanan untuk dibungkus , dibawa pulang dan penghantaran.

Bagaimana pun, tinjauan oleh akhbar The Star mendapati beberapa premis masih menyediakan minuman untuk pelanggan di meja.

Di Sibu, Sarawak beberapa gerai makanan dan minuman masih beroperasi di pasar besar dan pelanggan nampaknya dibenarkan untuk makan di situ.

Ahli majlis Bandaran Sibu, Albert Tiang apabila dihubungi berkata pihak majlis akan mengeluarkan notis peringatan kepada semua peniaga sebelum tengah hari semalam.

Menurut beliau selepas itu sekiranya mereka masih ingkar pihak majlis akan menggantung atau menarik balik lesen perniagaan mereka.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here