Lagi degil di Pulau Pinang…

0
642

Oleh FETTY RARA

GEORGE TOWN – Pagi tadi orang ramai di sini berpusu-pusu keluar untuk membeli-belah di Pasar Awam Air Itam tanpa menghiraukan penguatkuasaan kawalan pergerakan.

Seawal pukul 8.00 pagi trafik di sekitar Air Itam sesak dengan orang ramai dan kenderaan, lapor The Star.

Pasar didapati padat dengan orang ramai yang membeli-belah untuk barangan memasak dan juga mereka yang membeli makanan untuk dibawa pulang.

Melihat keadaan yang membimbangkan itu pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah memuat naik satu video ke media sosial yang menunjukkan pegawai penguat kuasa menggunakan pembesar suara untuk mengarahkan orang ramai supaya berada di rumah dan hanya keluar jika perlu untuk membeli ubat, bekalan makanan atau untuk bekerja bawah kategori yang dibenarkan.

Antara mesej yang disampaikan oleh pegawai MBPP itu termasuk mengulangi bahawa langkah kawalan pergerakan amat perlu dipatuhi bagi memastikan agar wabak Covid-19 tidak merebak.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here