Australia ditutup kepada pelancong

0
308
FOTO: 10 News First.

Oleh FETTY RARA

SEMUA bukan penduduk Australia tidak dibenarkan memasuki Australia bermula malam Jumaat ini, umum Perdana Menteri Australia, Scott Morrison.

Sekatan tersebut dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyekat penularan wabak Covid-19.

Ia bermakna hanya warganegara, penduduk negara itu atau ahli keluarga mereka akan dibenarkan memasuki Australia, lapor 10daily.au.

Menurut Morrison sebahagian besar jangkitan Covid-19 di Australia adalah berpunca  dari negara lain dan kini terdapat penurunan ‘signifikan’ ketibaan pelawat asing sejak diisytiharkan kuarantin 14 hari ke atas semua yang tiba dari seberang laut.

Menteri Luar Australia Marise Payne, bagaimana pun berkata sekatan itu tidak terpakai bagi warga Australia di seberang laut yang ingin pulang, tetapi mereka masih tidak dikecualikan daripada peraturan kuarantin 14 hari apabila tiba di Australia.

Dan bagi menangani kesan wabak tersebut ke atas ekonomi Australia, kerajaan negara itu akan menyalurkan berbilion dolar dalam usaha terdesak untuk mengelakkan kemelesetan dan lonjakan jumlah pengangguran disebabkan krisis berkenaan.

Pakej bantuan ekonomi diumumkan oleh Morrison hari ini sejurus selepas Reserve Bank Australia mengumumkan pengurangan kadar faedah kepada 0.25 peratus.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here