Ingkar: Tetamu majlis kahwin di Kedah ‘diserbu’ polis, diarah beredar

0
7164
FOTO: Polis mengarahkan hadirin majlis kenduri kahwin di Kampung Bogok, Kedah supaya bersurai berikutan pelanggaran Perintah Kawalan pergerakan/ Foto: Ikhsan pembaca.

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

ALOR SETAR – Mereka ingkar dan meneruskan majlis kenduri kahwin di Derga di sini.

Ketibaan anggota polis ke majlis yang berlangsung di Kampung Bogok itu mengejutkan tetamu dan mereka semua diarahkan supaya bersurai dan meninggalkan majlis tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rodzi Jidin anggota unit Kereta Peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar menuju ke lokasi majlis setelah menerima aduan daripada orang ramai  pada kira-kira pukul 1.30 petang tadi.

Tuan rumah yang dinasihati oleh anggota polis akur dengan arahan mereka dan seterusnya menghentikan majlis, tetapi menyuruh tetamu mengambil makanan dan beredar.

Mohd Rozi berkata arahan telah dikeluarkan supaya tidak meneruskan sebarang majlis sebegitu bagi mengelak penularan  wabak Covid-19 selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula semalam.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here