Anak Mufti Kelantan nafi bapa positif Covid-19

0
535

KOTA BHARU — Keluarga Datuk Mohamad Shukri Mohamad menafikan laporan dalam media sosial yang menyatakan Mufti Kelantan itu berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan COVID-19.

Anak lelakinya, Mohamad Majdi Mohamad Shukri meminta jasa baik orang ramai supaya menghentikan penyebaran berita mengenai bapanya yang dikatakan berada di Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Perempuan Zainab II (ICU HRPZ II).

“Saya mewakili keluarga Datuk Shukri Mohamad (Mufti Kelantan) meminta jasa baik sahabat semua supaya hentikan penyebaran berita yang mendakwa kononnya ayah saya dalam (keadaan) kritikal di ICU HRPZII KB (Kota Bharu).

“Untuk makluman semua, ayah saya belum disahkan virus (positif COVID-19) dan masih stabil dan berada di wad, bukan ICU HRPZII,” katanya, dalam satu hantaran dalam laman Facebook.

Mohamad Majdi memohon agar masyarakat tidak menyebarkan berita tidak benar mengenai tahap kesihatan bapanya dan mendoakan agar Mufti Kelantan itu kembali sihat.

— BERNAMA

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here