UMNO Tangga Batu tubuh Sekretariat Bertindak Sukarelawan Covid-19

1
430

Oleh AMRAN MULUP

MELAKA – UMNO Bahagian Tangga Batu atas tangungjawab sosial telah mewujudkan Sekretariat Bertindak Sukarelawan Covid-19 bagi membantu pihak berkuasa dalam menangani penularan wabak Covid-19 di negeri Melaka.

Pengerusi Sekretariatnya, Shahrin Muharam yang juga Pengerusi Penyelaras UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang berkata, sekretariat atas rasa tanggungjawab untuk membantu pihak berkuasa menangani penularan Covid-19.

Menurutnya, pihaknya bersedia menawarkan antara 20 hingga 30 sukarelawan UMNO Bahagian Tangga Batu yang bersedia berkhidmat jika kes wabak Covid-19 di negeri ini masih berterusan meningkat.

SHAHRIN Muharam.

“Wabak ini yang melanda negara sehingga kini berjumlah 900 orang manakala di Melaka berjumlah 20 kes sangat mengejutkan. Atas kesedaran ini kami menawarkan khidmat sukarelawan dalam kalangan ahli UMNO Bahagian Tangga Batu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penularan Covid-19 di Melaka sehingga kini berjumlah 20 kes berbanding 18 kes semalam.

Mengulas lanjut Shahrin berkata, beliau turut mengajak lebih ramai ahli UMNO dalam Bahagian Tangga Batu untuk menyumbang tenaga menjadi sukarelawan bagi menangani Covid-19.

Dalam pada itu beliau menyambut baik usaha kerajaan apabila mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula semalam (18 Mac) sehingga 31 Mac bagi membendung penularan Covid-19.

“Saya yakin dengan usaha kerajaan mampu menangani penularan wabak Covid-19 daripada terus menjadi parah,” ujarnya.
-BebasNews

Please follow and like us:

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here