FILEM: ‘Sekali penggambaran ada 30 orang, satu kena, habis semua’

0
247

PENERBIT Michael Ang menyelar tindakan produksi yang masih berdegil meneruskan penggambaran tanpa menghiraukan perintah kawalan pergerakan selama dua minggu dilaksanakan oleh kerajaan.

Malah Michael mengingatkan apalah sangat jika dibandingkan antara keuntungan dengan nyawa seseorang pekerja sekiranya dijangkiti wabak Covid-19.

“Kepada penerbit, dua minggu tu kalau rugi sikit halalkan je la. Dalam hidup kau nak untung berapa banyak?

“Dah la sekali penggambaran, ada lebih 30 orang akan berada kat satu tempat. Satu aje kena habis (semua).

Bagaimanapun, Michael tidak mendedahkan nama produksi terbabit sama ada dalam rakaman klip video mahupun pada kenyataan yang dimuat naik itu.

 

Katanya, dia sendiri terpaksa berlapang dada menuruti perintah tersebut walaupun ada penggambaran yang perlu disiapkannya ketika ini.

“Kenapa la mulakan penggambaran. Aku yang dah mula penggambaran (untuk) Astro dah berhenti selepas mereka keluarkan kenyataan.

“Tapi korang tetap berdegil nak juga buat penggambaran, dah kenapa? dua minggu je duduklah rumah.

“Apa masalah korang ni, bodoh sangat ke apa?” katanya.

Michael juga mengingatkan bahawa perintah kawalan pergerakan mungkin diambil alih pihak tentera jika masih ramai yang ingkar.

“Susah sangat ke nak ikut cakap kerajaan atau nak kerajaan buat pula perintah berkurung dan kerah semua tentera jaga kamu semua?” katanya.

Terdahulu, kerajaan mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan bermula 18 hingga 31 Mac bagi membendung wabak pandemik Covid-19 daripada terus menular.

Menteri Kanan (Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob hari ini pula berkata, perubahan akan dilakukan sekiranya terdapat pihak yang masih ingkar.

Menurutnya, sekiranya keadaan memerlukan, khidmat anggota tentera boleh digunakan di kawasan kampung manakala polis menguatkuasakan perintah di bandar.

Beliau berkata, kementerian tidak teragak-agak untuk berbuat demikian bagi mengurangkan pergerakan orang ramai.

 

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here