Malaysia catat 1,030 kes Covid-19, ketiga tertinggi di Asia

0
769
KERETA peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya melakukan rondaan di Dataran Putra yang kebiasaannya menjadi tumpuan orang ramai beriadah ketika tinjauan semalam. Rondaan di tempat awam bagi memastikan masyarakat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Kerajaan bermula 18 hingga 31 Mac untuk mengekang penularan jangkitan COVID-19. --fotoBERNAMA

KES Covid-19 di Malaysia melepasi angka seribu, apabila Kementerian Kesihatan mengumumkan 130 kes positif Covid-19 baru hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes menjadi 1,030 kes.

Ini menjadikan kes di Malaysia semakin meningkat setelah mencatatkan penurunan selama empat hari berturut-turut sebelum ini.

Angka terbaru itu meletakkan Malaysia di kedudukan ketiga paling banyak kes di Asia.

Kes di Malaysia juga telah melepasi Jepun dengan 958 kes setakat ini dan berada di belakang Korea Selatan (8,652) dan China (80,967 kes).

Sebanyak 26 lagi kes kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.
https://www.malaysiakini.com/news/515769
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here