Covid-19: Saran PM hapus SST barangan kesihatan

PHOTO: NST.

Oleh DATO PROF HASHIM YAACOB & ADI SUKMA

YAB Tan Sri PM,

Ada dua perkara segera yang kami ingin sampaikan.Semoga mendapat perhatian.

1.Kami mengalu-alu dan menyokong sepenuhnya pembabitan tentera untuk membanteras pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikeluarkan kerajaan.

Tindakan ini wajib diambil kerajaan kerana sebilangan rakyat tidak peduli mematuhi Perintah ini walau berkali-kali kerajaan telah memberi arahan. Demi keselamatan rakyat, tindakan sebegini oleh kerajaan menjadi wajib.

2. Semalam kami dengar kerajaan telah membenarkan pengimpotan topeng mulut dan hidung bagi mencegah penularan Covid-19 kerana produksinya dalam negara tidak mencukupi.

Kami dimaklumkan bahawa cukai impot dan SST ke atas barangan ini amat tinggi iaitu sebanyak 20+10 peratus.

Kalaulah ini benar, maka kami sarankan supaya tiada cukai impot dan SST dikenakan.
Begitulah juga bagi sanitiser tangan. Ini ialah kerana negara kita sangat memerlukan barangan ini dengan segera.

Sekiranya barangan ini dibebaskan daripada cukai impot dan SST, maka harga jualan kpd rakyat pasti banyak boleh dikurangkan.

Saranan kami ini penting kerana pendapatan seharian rakyat hampir lumpuh akibat tidak dapat menjalankan kerja biasa mereka.

Sayugia diketahui bahawa kelonggaran ini hanyalah dipinta bagi hanya jangkamasa negara kita dalam keadaan tersangat genting ini sahaja. Lagi pun kerajaan sering menasihatkan rakyat supaya menggunakan barangan ini.

Terima kasih YAB Tan Sri PM.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here