Mana lagi YB nak bantu rakyat?

0
299

Oleh MOWARDI MAHMUD

SAYA bukanlah peminat Ahli Parlimen Putrajaya. Biasanya pengamal media mengelak diri menjadi ahli atau penyokong mana-mana parti politik kerana mereka lebih mudah berkarya dan mendengar suara rakyat.

Tetapi, saya angkat ‘topi’ kepada Tengku Adnan Mansor kerana bersedia membantu mengurangkan keperitan warganya di Putrajaya sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan berkuatkuasa hingga 31 Mac ini. Khabarnya bertalu-talu panggilan diterima, bukan sedikit meminta mereka dibantu.

Mungkin ada yang mendakwa tindakan itu sebagai cubaan untuk meraih simpati atau sokokongan ketika masih berdepan dengan kes rasuah di mahkamah. Soalnya, seseorang itu hanya bersalah jika mahkamah memutuskan demikian.

Pernahkah kita semua terfikir tatkala orang ramai yang berkemampuan berebut mendapatkan barangan makanan, bagaimanapula , mereka yang tidak bernasib baik, bukan setakat miskin tapi tiada pekerjaan atau baru kehilangan pekerjaan.

Begitu juga penjaja jalanan yang kehidupannya diibaratkan mereka yang jatuh ditimpa tangga. Bukan banyak yang diminta, Cuma mungkin sekadar sekampit beras dan beberapa tin sardin pun sudah memadai.

Tengku Adnan bukan sekadar menjadi tin kosong. Bunyinya kuat tetapi tiada apa-apa pun.
Macam mana YB dan bekas YB yang sebelum ini sibuk mempersoalkan ketiadaan jawatan dalam Kabinet kerana membantu rakyat jelata. Nah! hajat anda sudah telah terkabul.

Sekiranya anda mampu untuk memiliki rumah besar dan kereta mewah, bukan satu tetapi beberapa buah, apalah sangat menunaikan bantuan yang terlalu kecil ini.

Usahlah perintah kawalan pergerakan dijadikan alasan untuk tidak membantu, zaman sekarang bukan seperti dahulu. Banyak cara boleh berlaku.

Jangan jadikan harta YB sebagai bebanan yang berat di akhirat. Bantulah semampu mungkin tanpa hanya menunding jari supaya diminta kepada kerajaan. Bukankah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Bukan sedikit YB dan bekas YB yang menjadi golongan ‘berada’ atau ‘have-have’, mungkin sewajarnya kekayaan itu turut dikongsikan bersama rakyat jelata.

Berkat pengembelingan bantuan golongan politik tanpa mengira parti yang berkuasa dan juga duit zakat yang berjuta-juta jumlahnya serta dana masjid, keperitan yang ditanggung orang yang tidak berkemampuan dapat dikurangkan.

Kenapa takut untuk menyumbang. Pastinya tidak berkurangan harta dunia kerana Allah SWT akan menggantinya semula berlipat kali ganda. Jom, jadilah insan benar-benar berjiwa rakyat.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here