Luqman Hafidz nikah depan 10 orang tetamu

0
586
MAJLIS pernikahan Luqman Hafidz mengikut garis panduan pihak berkuasa.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

PELAKON Luqman Hafidz sah menjadii suami kepada Nurul Atiqah Mad Apandi dengan hanya sekali lafaz kira-kira pukul  4 petang dalam satu majlis tertutup di Bandar Mahkota Cheras, Kuala Lumpur semalam, Jumaat (20 Mac).

Luqman, 29, yang popular menerusi pementasan teater Ola Bola dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mad Apandi Pisal dalam majlis ringkas di kediaman pengantin perempuan yang hanya dihadiri oleh 10 individu termasuk saksi dan keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Luqman berkata, pernikahan berlangsung secara ringkas dan mengikut garis panduan oleh pihak berkuasa sebagai langkah keselamatan terhadap penularan wabak COVID-19 ketika ini.

“Sebelum memutuskan untuk pernikahan ini, saya sudah rujuk dulu kepada jabatan agama dan mendapat kelulusan. Tak ada masalah pun untuk buat pernikahan asalkan di bawah 10 orang mengikut rukun asas dan tatacara yang ditetapkan pihak berkuasa.

“Alhamdulillah, semua tak ada masalah. Majlis hanya dihadiri keluarga terdekat sebab saya lebih gemar bersederhana. Selagi kita boleh buat, kita buatlah sebab tak membabitkan ramai orang jadi tak ada sebab untuk tunda kecuali majlis persandingan nanti terpaksa ditangguhkan sebab akan membabitkan ramai orang,” katanya.

Pada majlis itu, Luqman dan Atiqah, 29, yang menjalinkan hubungan selama empat tahun bertukar dulang hantaran lima berbalas tujuh dan merahsiakan wang hantaran atas permintaan keluarga.

Katanya lagi, majlis resepsi yang sepatutnya berlangsung pada hari yang sama selepas pernikahan ditunda ke satu tarikh yang akan diputuskan kelak selepas situasi COVID-19 ini reda.


-BebasNews.

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here