Covid-19-Petugas perubatan diberi perhatian

0
3248
MOHD. Khairuddin Othman menyampaikan bantuan untuk petugas Klinik Kesihatan Sungai Buloh kepada Pakar Perubatan Klinik Kesihatan Sungai Buloh, Dr. Fauziah Ahmad.

Oleh ARRAZAQ NAZRI

SHAH ALAM – Walaupun pesakit yang menjadi mangsa Covid-19 ditempatkan di Hospital Pakar Sungai Buloh, petugas di hospital daerah dan klinik kesihatan turut memainkan peranan penting.

Menurut Exco Pembangunan Generasi Muda & Sukan Dan Modal Insan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman, petugas di klinik kesihatan mempunyai tugas yang lebih berat iaitu menyaring saspek Covid-19.

“Kita amat memahami betapa penting dan gentingnya tugas kakitangan Klinik Kesihatan Sungai Buloh yang perlu menyaring dengan kaedah perubatan yang lebih teliti.

“Mereka juga terdedah dengan virus Covid-19 yang boleh berjangkit melalui pesakit yang tidak tahu bahawa mereka telah mendapat virus tersebut, “katanya kepada Bebas News semasa membuat lawatan ke Klinik Kesihatan Sungai Buloh di sini semalam.

Yang hadir sama ialah, Pakar Perubatan Keluarga ke Klinik Kesihatan Sungai Buloh, Dr. Fauziah Ahmad.

Mohd. Khairuddin berkata, bagi meringankan beban para petugas beliau telah menyampaikan bantuan dan sumbangan berbentuk makanan dan barangan keperluan kepada petugas yang terlibat.

“Kawasan Sungai Buloh secara khususnya telah dijadikan pusat bagi pesakit yang terkena wabak Covid-19. Dan lawatan ini sebagai sokongan kepada petugas kesihatan kita yang telah di kuarantin sepanjang mereka bertugas.

“Di antara bantuan yang diserahkan adalah makanan minuman dan tunai RM2,500 kepada kelab kakitangan klinik di sini, “katanya.

Beliau menambah, susulan pengumuman Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari semalam, bagi meringankan beban kewangan petugas hospital di Selangor yang terlibat dengan operasi Covid-19, bantuan sebanyak RM200 one off akan diberikan.

Bantuan sama turut diberi kepada petugas di Klinik Kesihatan Sungai Buloh tersebut.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here