Covid-19: LZS sedia agihan khas RM15 juta

0
552

Oleh ARRAZAQ NAZRI

SHAH ALAM – Sebanyak RM15 juta diperuntukkan Lembaga Zakat Selangor(LZS) kepada pihak yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan wabak Covid-19.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan Mat Yusop, peruntukan tersebut diberi kepada penjaja atau peniaga kecil, golongan B40 yang terjejas sumber pendapatan mereka.

“Selain itu peruntukan agihan khas ini turut disalurkan bagi menampung keperluan peralatan perubatan hospital-hospital yang beroperasi menangani Covid-19.

“Dengan peruntukan ini juga ia juga disalurkan kepada pelajar Institusi Pengajian tinggi Tinggi yang terputus bekalan makanan, “katanya di sini.

Saipolyazan berkata, golongan yang terjejas boleh memohon bantuan tersebut bermula 25 Mac ini dengan menghubungi Talian Zakat Selangor 1 300 88 4343, Isnin hingga Jumaat bermula 10.00 pagi hingga 2.00 petang.

” Dalam perkembangan sama, LZS akan mempercepatkan penyaluran Bantuan Kewangan Bulanan pada 23 Mac kepada asnaf yang menerima agihan bulanan,”katanya.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here