COVID-19: Risiko dan siap-siaga petugas barisan hadapan

0
561
FOTO: NSTP/ASYRAF HAMZAH.

Oleh DATUK DR GHAZALI AHMAD

ADA dua isu berkenaan laporan kes-kes positif COVID-19 yang dikesan dan kecenderungan orang awam untuk menyalahkan pesakit:

1. Kesilapan pesakit/keluarga pesakit/pengirinh pesakit yang tidak memberitahu atau mengesahkan faktor risiko jangkitan ketika disaring petugas kesihatan di peringkat awal atau di barisan hadapan terutamanya di klinik pesakit luar, di unit kecemasan atau di bahagian pendaftaran kemasukan ke wad.

Kesilapan dan kesalahan jika disabitkan adalah di atas kegagalan untuk membuat pengistiharan yang betul oleh pesakit atau wakilnya.

Bahagian ini adalah berkaitan dengan sifat atau perangai pesakit yang menunjukan kemungkinan dia jahil, dia tahu tapi tidak ikhlas dan tidak jujur, dia tiada sifat bertanggung jawab, dia jenis yang suka ambil mudah tidak mahu menyusahkan orang lain (walaupun kesan sebenar adalah sebaliknya), termasuk di dalam kes yang melibatkan nyawa manusia dan diri sendiri, dia degil dan tidak peduli apa akan jadi akibat sifat dan perlakuannya itu.

Bahagian ini perlu ditangani melalui kaedah nasihat, pendedahan kepada maklumat yang betul dan penghebahan kepada masyarakat dan golongan sasaran, amaran dan penguatkuasaan peraturan berkaitan jika tidak di patuhi secara berterusan dan meluas.

Cumanya, di negara kita cara memberi ‘amaran’ ini sudah menjadi tradisi sebagai alasan untuk tidak mengambil tindakan penguatkuasaan undang- undang.

2. Kepentingan dan keperluan pihak petugas kesihatan untuk MELAKUKAN UJIAN DIAGNOSA untuk mengesan kes dan mengesahkan kes. Seperti nasihat Ketua Pengarah World Health Organisation “TEST , TEST , TEST”. Di peringkat awal dulu, pelawat dari luar negara termasuk dari China dan warga negara yang balik ke Malaysia disaring di pintu masuk negara dengan saringan suhu badan melalui ‘ Thermal Scanner’.

Kita tahu hari ini , bahawa terlalu ramai mungkin telah membawa masuk virus COVID-19 kerana mereka yang membawa virus sewaktu dalam masa inkubasi tidak mempunyai simptom demam. Di peringkat kedua pula, mereka yang masuk dari kalangan dan kawasan risiko diarahkan menjalani proses kuarantin sendiri di kediaman masing- masing.

Tiada proses pemantauan untuk mempastikan keperluan ini di patuhi dengan sepenuhnya. Negara kita tiada kapasiti dari jumlah petugas awam yang cukup atau teknologi yang boleh diguna pakai untuk pengesahan pematuhan kepada arahan ‘self quarantine’ ini.

Lihatlah betapa ramainya rakyat yang masih berkeliaran di kawasan terbuka di Brickfields, di Pulau Pinang dan lain-lain dua hari selepas Perdana Menteri menasihatkan “JUST STAY AT HOME”.

Dengan penambahan kes- kes yang kesan di seluruh negara, peningkatan kes- kes serius yang menyebakan kematian, kes-kes yang berjangkit melalui contact dalam masyarakat di rumah ibadat, dalam pengangkutan awam, di institusi pelajaran, KITA BOLEH BUAT ANDAIAN BAHAWA COVID-19 sudah berada DI MANA- MANA dan boleh dibawa oleh atau berjangkit kepada sesiapa saja.

MAKNANYA , APABILA PESAKIT DATANG KE HOSPITAL ATAU KLINIK UNTUK KEPERLUAN KESIHATAN ATAU MENGADU TIDAK SIHAT, melalui kaedah pencegahan asas ( STANDARD PRECAUTION), SETIAP PENGAMAL PERUBATAN PERLU MEMBUAT TANGGAPAN BAHAWA, SETIAP PESAKIT DIHADAPANYA ADALAH PEMBAWA VIRUS COVID-19, sehingga disahkan sebaliknya.

Samada pesakit isytihar faktor risiko atau tidak, sama ada dia ikhlas atau tidak, tidak lagi menjadi isu.

Petugas perubatan dan pesakit lain serta mereka yang hampir secara fizikal dengan pesakit itu perlu di lindungi untuk mengekang penularan wabak.

HE OR SHE IS A COVID-19 UNTIL PROVEN OTHERWISE.

Seperti amalan STANDARD / UNIVERSAL PRECAUTION dalam menangani HIV.

MAKNANYA , kena buat ujian diagnosa COVID 19 UNTUK SETIAP KES!

Malangnya dan masalahnya perkara ini tidak dapat dilakukan kerana beberapa perkara;

2.1 Kaedah diagnosa setakat ini ada dua cara, satu menggunakan rapid test kit (ELISA- Enzyme Linked Immuno Sorbent Assay), kedua kaedah RT-PCR (Real Time Polemerase Chain Reaction).

Kaedah pertama menghasilkan keputusan dengan cepat dalam masa 1 jam, tetapi tinggi sedikit keberangkalian ‘false negative’ (iaitu dikesan negatif sedangkan kes itu sebenarnya positif).

Kaedah kedua adalah tepat 99.9% tetapi mengambil masa beberapa jam dan perlu dilakukan di makmal khusus yang sukar ditempatkan di setiap klinik atau hospital.

Dengan cara yang ada, pengesahan status pesakit sama ada positif atau negatif akan mengambil masa berjam- jam atau lebih dari satu hari.

Bagaimana jika pesakit ini perlu dimasukkan ke wad? Bagaimana jika dia perlu masuk ke wad CCU, wad rawatan rapi atau perlu di bedah sedangkan status COVID-19 nya belum disahkan?

Perlukah di kuarantin di pusat kuarantin?

Berapa puluh ribu atau ratus ribu kemudahan kuarantin perlu disediakan? Jelas, tidak praktikal.

2.2 Test kits yang ada di pasaran adalah terhad kuantitinya disebabkan permintaan yang tinggi di seluruh dunia. China, Korea, Singapura dan sekarang ini di Eropah, Amerika, seluruh Asia Pacific telah membeli test kit yang ada di pasaran dalam kuantiti yang banyak.

Oleh itu Singapura , dan Korea boleh membuat ujian ke atas ramai rakyat mereka manakala di negara yang tiada kit atau tidak cukup kit hanya membuat ujian secara kecil- kecilan dan terpilih.

Kedudukan Malaysia di mana?

2.3 Harga test kit terutamanya yang menggunakan kaedah PCR, adalah mahal melebihi RM500 untuk satu ujian.

Walaupun pengeluar dan pengedar alat diagnosa boleh membekalkan untuk kuantiti yang diperlukan, peruntukan kewangan dari pihak kerajaan dan kelulusan pembiayaan oleh syarikat insurans (yang mempunyai polisi insurans kesihatan) akan menghadkan bekalan atau perkhidmatan ujian yang penting ini dari dilakukan oleh petugas kesihatan disektor awam atau swasta. Berapa banyak kit yang dipesan dan berapa banyak pula yang kita terima?

Kita tidak tahu, berapa ramai yang sepatutnya menjalani ujian, diarahkan berkuarantin di rumah, atau dirawat simptom mereka (ubat batuk untuk aduan batuk, ubat paracetamol untuk aduan demam dan sebagainya). Tanpa ujian kemungkinan positif COVID-19 dan mereka akab balik semula ke rumah atau asrama atau pejabat.

Mungkin juga peruntukan membeli kit ujian oleh pihak berkuasa tidak mencukupi.

Tambahan peruntukan yang diumumkan oleh Perdana Menteri beberapa hari lepas boleh membantu tetapi bekalan dari pembekal akan menghadapi cabaran ketika ini dalam keadaan semua negara di dunia membuat pesanan dalam masa yang sama.

Jika kita sudah bersedia lebih awal, keadaan mungkin kurang kelam kabut dan berbahaya seperti sekarang.

Oleh yang demikian , SEMUA PENGAMAL PERUBATAN DI BARISAN HADAPAN (di pesakit luar, di unit kecemasan, di bahagian pendaftaran masuk, di bahagian bekalan farmasi pesakit luar PERLU DI BEKALKAN DENGAN FULL PERSONNEL PROTECTION EQUIPMENT (PPE) yang perlu ditukar ganti mengikut garis panduan sedia ada.

Ini adalah diperlukan dalam keadaan pesakit yang ada di hadapan mereka tidak membuat pengisytiharan yang betul, tidak mengetahui status mereka dan dalam keadaan kerajaan tidak dapat membekalkan test kit yang mencukupi dalam masa kritikal ini.

Pihak kerajaan perlu dengan KADAR SEGERA membekalkan FULL PPE kepada SETIAP PETUGAS BARISAN HADAPAN DI SETIAP KEMUDAHAN AWAM, sekurang- kurangnya untuk 4 minggu dari sekarang.

Jika negara dan majikan mereka tidak dapat menilai dengan sebaiknya harga pengorbanan petugas-petugas kesihatan di barisan hadapan dan di wad- wad khas untuk menangani wabak yang sedang menular, sekurang-sekurangnya petugas- petugas ini, keluarga mereka dan sahabat-sahabat mereka tahu, bahawa sistem dan pentadbiran negara sedia ada amat menitik beratkan kepentingan menjaga nyawa setiap petugas awam yang berkhidmat untuk menyelamakan nyawa orang lain, termasuk nyawa rakyat biasa dan nyawa pemimpin negara!

— Datuk Dr Ghazali Ahmad sekarang berkhidmat di Institut Jantung Negara (IJN) dan pernah mengetuai Unit Nefrologi HKL

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here