Gempa bumi 5.3 gegar Croatia, rakyat diminta jarakkan diri

0
211
FOTO: Media Servis Zagrebu.

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

SATU gempa bumi kuat menggegarkan Croatia dan ibu negaranya menyebabkan panik dan banyak kerosakan.

Agensi seismologi Eropah, EMSC berkata gempa tersebut berukuran 5.3 pada skala Richter dan melanda sebuah kawasan di bahagian utara Zagreb pada Ahad pada pukul 6.23 pagi waktu tempatan, lapor euronews.com.

Sekurang-kurangnya satu lagi gegaran direkodkan kemudian.

Pusat gempa bumi itu terletak kira-kira 7 kilometer ke utara Zagreb pada kedalaman 10 kilometer.

Bekalan elektrik terputus buat seketika dan orang ramai bertempiaran lari keluar rumah apabila isyarat penggera dibunyikan. Beberapa kebakaran turut dilaporkan.

Menurut saksi beberapa bangunan mengalami keretakan di bahagian bumbung dan dinding sementara jalan raya bertaburan dengan batu runtuhan.

Pihak berkuasa berkata setakat ini belum terdapat sebarang laporan kecederaan.

Kerajaan Croatia juga menasihatkan orang ramai supaya menjarakkan diri dari bangunan dan patuh kepada nasihat pihak bomba dan agensi lain.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here