Covid-19: Presiden Filipina arah beku harga barang keperluan

0
124

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

KERAJAAN Filipina membekukan harga barangan keperluan asas di seluruh negara itu selama 60 hari.

Menurut akhbar Manila Times, Setiausaha Perdagangan Ramon Lopez berkata pembekuan harga itu akan berkuat kuasa sehingga 15 Mei.

Tindakan tersebut adalah berikutan pengisytiharan darurat oleh Presiden Duterte berikutan penularan wabak Covid-19.

Menurut satu memorandum bersama pihak Jabatan Perdagangan dan Industri, jabatan Pertanian dan jabatan Kesihatan Filipina, pembekuan harga itu membabitkan semua penduduk, termasuk mereka yang menjual barangan keperluan asas melalui Internet dan media lain.

Semua agensi pelaksana diwajibkan untuk menubuhkan pasukan pelbagai anggota bagi memesatkan pemantauan dan penguatkuasaan arahan pembekuan harga itu supaya tiada berlaku kenaikan harga dan penyorokan barang.

Di bawah memorandum itu, semua agensi pelaksana juga diberikan kuasa mencadangkan harga siling bagi barangan keperluan asas sekiranya kesan atau wabak Covid-19 terus menular hingga melampaui 60 hari.

Sesiapa atau mana-mana pihak yang didapati menaikkan harga, mengambil untung berlebihan atau menyorok barangan keperluan asas boleh dihukum penjara minimum lima tahun dan tidak melebih 15 tahun.

Pengguna disediakan talian khas untuk terus melaporkan kesalahan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here