Arrifin perlu berpindah ke Pejabat Pesuruhjaya Sukan

0
440

APABILA Kerajaan Negeri Melaka bertukar, antara nama yang naik untuk pertukaran ialah Arrifin Mohd. Ghani; Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka. Dia diarah balik ke Majlis Sukan Negara (MSN) berikutan perkhidmatannya hanya dipinjamkan ke Melaka pada Februari 2019.

Itulah masalah yang sering dihadapi apabila perjawatan dikaitkan dengan pelantikan politik. Sama ada tindakan ini bermaruah atau mendatangkan kemudaratan atau mengaibkan sahaja.

Arrifin pula dikhabarkan akan diletakkan memegang jawatan yang boleh dipersoalkan berpandukan kepada ‘kepakarannya’ apabila balik ke MSN. Dia pernah berkedudukan sebagai pengarah kepada pengurusan atlet.

Walaupun tidak menyenangi dan disenangi dengan jawatan baharunya di MSN, apa kata kalau Arrifin; bekas pemain hoki kebangsaan ini bertugas di Pejabat Pesuruhjaya Sukan?

Kalaulah dahulunya Khairy Jamaluddin melantik bekas atlet nasional, Zaiton Othman sebagai Pesuruhjaya Sukan apa masalahnya kalau Arrifin memegang jawatan berkenaan? Arrifin bukan calang-calang pemain dalam skuad hoki kebangsaan dahulu dan amat juga berkelayakan berpandukan kelulusan akademiknya.

Menteri Belia dan Sukan selepas Khairy, Syed Saddiq Abdul Rahman pula menggantikan Zaiton yang bersara dengan pilihannya,seorang pensyarah di Universiti Malaya, Dr. Wirdati Radzi pada 2019. Wirdati difahamkan pakar perundangan sukan diharapkan dapat melakukan pembaharuan di Pejabat Pesuruhjaya Sukan.

Menteri sekarang, Reezal Merican Naina Merican tentunya boleh melakukan pelantikan baharu seperti amalan terdahulu jika pertukaran menteri atau lebih-lebih lagi kerajaan baharu.

Arrifin sesuai sangat mengetuai Pejabat Pesuruhjaya Sukan tanpa dibandingkan secara terperinci dengan Wirdati.

Ketua Pengarah MSN, Ahmad Shapawi Ismail pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya Sukan dan secara telus berjaya di sana dan apa kata kalau kali ini dia meletakkan harapan kepada Arrifin di sana?

Kedua-dua pegawai tinggi ini pernah bekerjasama dengan akrab sewaktu Mazlan Ahmad menjadi ketua pengarah dahulu. Kali ini kerjasama perlu dimantapkan lagi.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here