Covid-19: Jerman perketat larangan dan haram kumpulan lebih dua orang

0
286

Oleh FETTY RARA

JERMAN memperluaskan larangan interaksi sosial dalam usaha untuk membendung wabak Covid-19 dengan mengharamkan kumpulan melebihi dua orang.

Dalam ucapan yang disiarkan di TV, Canselor Angela Merkel berkata cara yang paling berkesan untuk menangani wabak tersebut bergantung pada ‘perangai kita sendiri’ bagi memperlahankan jangkitan, lapor bbc.com.

Antara langkah termasuk penutupan semua premis kecantikan, dandanan rambut dan pusat urut. Perniagaan lain yang tidak perlu buat masa ini telah agak lama diarahkan tutup.

Sejurus selepas ucapan itu pejabat beliau berkata bahawa beliau akan meletakkan dirinya dalam kuarantin.

Ini kerana doktor yang memberikan beliau suntikan pada Jumaat lalu untuk mengubati radang paru-paru didapati positif Covid-19.

Merkel akan meneruskan tugasnya dari rumah.

Jerman yang merupakan ekonomi terbesar di Eropah setakat ini mencatatkan sebanyak 18,610 kes dengan 55 kematian.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here