Pencarum KWSP boleh keluarkan RM500, Putrajaya suntik RM500 juta kepada KKM

0
445

KIRA-kira 12 juta rakyat Malaysia dibenar mengeluarkan RM500 setiap bulan daripada Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selama setahun, yang merupakan sebahagian langkah membantu orang ramai menangani impak kewangan akibat perintah kawalan pergerakan untuk membendung Covid-19.

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan langkah itu berkata, kerajaan menjangkakan kira-kira RM40 bilion pengeluaran secara keseluruhan oleh pencarum.

Beliau turut mengumumkan peruntukan tambahan RM500 juta kepada Kementerian Kesihatan dalam usaha memerangi Covid-19 yang setakat ini meragut 11 nyawa dan lebih 1,300 orang dijangkiti virus itu di Malaysia.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/03/23/pencarum-kwsp-boleh-keluarkan-rm500-putrajaya-suntik-rm500000-kepada-kkm/
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here