Pelarian sediakan makanan untuk petugas barisan hadapan di Hospital Ampang

    0
    368

    Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

    SEKUMPULAN pelarian menggembleng tenaga memasak untuk petugas perubatan di Hospital Ampang yang berdepan dengan wabak Covid-19.

    Mereka yang terdiri daripada pelarian dari Syria, Palestin, Yemen dan Iraq mengambil inisiatif tersebut sebagai penghargaan di atas jasa dan pengorbanan mereka, lapor The Star.

    Makanan untuk 20 orang itu akan dihantar ke hospital berkenaan bermula hari ini (Isnin 23 Mac) hingga 31 Mac dengan penyediaan resipi berbeza sepanjang 10 hari.

    Usaha mereka itu merupakan kerjasama di antara Rangkaian Sukarelawan Al-Hassan dan Beyond Borders Malaysia.

    Rangkaian Sukarelawan Al-Hassan terdiri daripada pelarian, sementara Beyond Borders merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak pelarian.

    -BebasNews

    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here