Covid-19: larangan solat jemaah di Masjid Al-Aqsa

0
169
FOTO: Wikimedia Commons / Razein99 / CC BY-SA (https://creativecommons.org/licenses/by-sa/4.0)

BAITULMAQDIS — Solat jemaah tidak dibenarkan di kawasan Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis Timur bagi membendung penularan wabak COVID-19, umum Majlis Wakaf Islam pada Ahad.

Agensi berita Anadolu memetik kenyataan majlis itu menyatakan, keputusan berkenaan dibuat selepas mesyuarat tergempar dan akan dikuatkuasakan pada Isnin pagi.

“Larangan solat jemaah ini dibuat untuk tempoh sementara dengan semua pekerja dan pengawal masih diarahkan menjalankan tugas serta aktiviti masing-masing seperti biasa.

“Laungan azan akan diteruskan di Masjid Al-Aqsa pada setiap waktu solat seperti biasa,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, larangan dibuat bagi melindungi nyawa dan kesihatan jemaah.

Sementara itu, Israel melaporkan 62 kes baharu COVID-19 pada Ahad, menjadikan angka kes positif wabak berkenaan kepada 945 kes.

Kenyataan Kementerian Kesihatan menyatakan, 20 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi manakala 37 pesakit sembuh.

Pada Jumaat, Israel mengesahkan kematian pertama akibat wabak berkenaan.

Menteri Kesihatan Palestin, Mai al-Kaila berkata empat kes baharu dicatatkan di Ramallah dan Hebron, Tebing Barat menjadikan seramai 52 orang dijangkiti wabak itu di seluruh kawasan yang diduduki Israel. Seramai 17 pesakit berjaya sembuh.

— BERNAMA

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here