Kriket Melayu masih kekalkan tarikh mengikut jadual

0
840

KUALA LUMPUR — Saingan kriket antara negeri bagi merebut Perisai Raja-Raja sudah masuk ke babak separuh akhir yang akan berlangsung pada minggu pertama dan kedua Jun 2020.

Apa pun keresahan wujud sama ada pertemuan berkenaan dapat dilangsungkan mengikut jadual asal berikutan penularan wabak Convid-19 buat masa ini.

SHAM Jalil

Timbalan Setiausaha Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Sham Jalil berharap keadaan akan kembali seperti sedia kala dan penjadualan perlawanan tidak akan diubah.

”Saya juga telah berbincang dengan timbalan yang dipertua (Tan Sri Wan Abdul Rahman Yaacob) dan bersetuju untuk kita melihat keadaan pada waktu itu.

”Tidak ada guna kita melakukan penundaan jika kepastian tidak dapat dicapai,” katanya.

Kejohanan tahunan itu merupakan antara acara sukan tertua di Malaysia dan ia diperkenalkan pada tahun 1951 setelah perisai dihadiahkan oleh raja-raja Melayu pada 1950.

WAN Abdul Rahman Yaacob.

Dalam separuh akhir tahun ini, Tentera bertemu Kelantan pada 6 dan 7 Jun manakala Selangor berentap dengan Negeri Sembilan seminggu kemudian.

Bekas ahli jawatankuasa pertandingannya, Selvanathan Subramaniam pula berharap Kementerian Belia dan Sukan tidak membuat ketetapan awal sebarang penundaan acara sukan jika jaraknya masih lagi jauh.

SELVANATHAN Subramaniam.-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here