Covid-19: empat kematian terbaru jadikan keseluruhan 14, 212 kes terbaru

    0
    238
    fotoBERNAMA

    PUTRAJAYA — Terdapat empat kes kematian baru berkaitan COVID-19 yang dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah 14 kes, pada ketika terdapat 212 kes baharu dengan jumlah kes positif 1,518.

    Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Nor Hisham Abdullah berkata, kes kematian ke-11merupakan kes ke-1070 melibatkan lelaki warganegara Malaysia berumur 70 tahun, yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan dirawat di ICU (Unit Rawatan Rapi) Hospital Canselor Tuanku Muhriz, sebelum disahkan meninggal dunia semalam.

    “Kes kematian ke-12 merupakan kes ke-1114 berumur 70 tahun lelaki warganegara Malaysia. Beliau merupakan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek Seri Petaling dan dirawat di Hospital Kluang. Beliau disahkan meninggal dunia hari ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini

    -Bernama

    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here