Belum ada keputusan ibadah haji dibatalkan – TH

0
307
FOTO: Wikimedia Commons/Adli Wahid / CC BY-SA (https://creativecommons.org/licenses/by-sa/4.0)

KUALA LUMPUR – Kerajaan Arab Saudi belum membuat sebarang keputusan sama ada ibadah haji tahun ini akan dibatalkan atau sebaliknya.

Sumber tertinggi Lembaga Tabung Haji, memberitahu BebasNews, pihaknya belum menerima sebarang berita mengenainya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas berita kononnya Kerajaan Arab Saudi telah mengesahkan bahawa ibadah haji tahun ini telah dibatalkan dan syarikat-syarikat pengendali haji telah diminta tidak melakukan sebarang urus niaga berkaitan dengannya.

Difaham sehingga berita ini ditulis, Kerajaan Arab Saudi belum membuat sebarang keputusan untuk memberhentikannya.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here