Covid-19: Warga emas di pusat penjagaan orang tua mati ditinggalkan petugas

0
480
FOTO: Akhbar El Pais.

Oleh FETTY RARA

DI Sepanyol, anggota tentera yang dikerahkan bagi membantu usaha membanteras penularan wabak Covid-19 menemui beberapa warga emas mati setelah diabaikan di sebuah pusat penjagaan orang tua.

Mereka mendapati kesemua penghuni pusat tersebut ditinggalkan oleh penjaga mereka setelah wabak Covid-19 menular di negara itu.

Anggota tentera sebelum itu diarahkan menuju ke pusat tersebut untuk operasi membersihkan kuman di premis berkenaan, lapor bbc.com.

Dalam perkembangan berkaitan, sebuah gelanggang luncur ais di Madrid digunakan sebagai tempat menyimpan mayat sementara untuk mangsa Covid-19.

Semalam Sepanyol merekodkan jumlah kematian tertinggi dalam sehari, iaitu 462, justeru menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 2,182 di negara yang merupakan antara yang paling teruk mengalami wabak-Covid-19.

Menteri Pertahanan Sepanyol Margarita Robles berkata apa yang berlaku di pusat penjagaan orang tua itu tidak boleh diterima dan kerajaan tidak akan berkompromi dengan mereka yang menyebabkan tragedi tersebut.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here