RAM Ratings: Kejatuhan harga minyak untuk membendung inflasi

0
145
PHOTO: Wikimedia Commons/CSIRO / CC BY (https://creativecommons.org/licenses/by/3.0)

UNJURAN keseluruhan RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) terhadap inflasi domestik pada tahun ini menjadi lebih sederhana di tengah-tengah kejatuhan harga minyak global.

Menurutnya, walaupun kadar inflasi diunjur kekal tidak berubah pada 1.5 peratus pada Februari, agensi penarafan itu menjangkakan ia akan lebih rendah sepanjang tahun ini kepada purata 0.7 peratus bagi tahun penuh berbanding unjuran awal 1.7 peratus.

“Dengan mengambil kira kegagalan OPEC+ untuk mencapai  kata sepakat terhadap pengurangan output baharu dan permintaan lemah akibat COVID-19, harga minyak mentah Brent diturunkan dari US$45.3/setong pada 6 Mac kepada US$27.0 pada 20 Mac,” katanya.

OPEC+ adalah kumpulan 24 negara pengeluar minyak yang terdiri daripada 14 anggota Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan 10 negara bukan anggota OPEC, termasuk Rusia.

Perjanjian OPEC+ akan tamat pada 31 Mac, 2020.

Selepas itu tindakan penentuan harga dan pengeluaran yang tidak terkawal oleh pengeluar minyak akan memburukkan lagi lebihan penawaran dan menyebabkan inventori minyak meningkat.

Beliau berkata, sehubungan itu, lebihan kapasiti pengeluaran harian OPEC adalah kira-kira dua juta tong.

“Harga minyak mentah dunia yang lebih rendah akan menyebabkan harga bahan api runcit menjadi lebih murah di bawah sistem pengapungan harga bahan api semasa di Malaysia (dengan harga siling).

“Ini akan mengurangkan inflasi domestik secara keseluruhan pada 2020,” katanya.

— BERNAMA

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here