Olimpik 2020 ditangguhkan – Dick Pound

0
394
KREDIT: Wikimedia Commons/Asao Tokolo / Public domain

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

SUKAN Olimpik 2020 akan ditangguhkan berikutan wabak Covid-19, kata ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangs, Dick Pound.

Kenyataan itu muncul selepas pengerusi Persatuan Olimpik British berkata Britain tidak mungkin akan menghantar pasukan ke Tokyo pada musim panas ini, lapor bbc.com.

Kanada dan Australia telah pun menyatakan bahawa masing-masing tidak akan mengambil bahagian dalam temasya sukan dunia itu.

Pound memaklumkan kepada akhbar USA Today bahawa berdasarkan maklumat IOC yang diperoleh maka sekali gus boleh ditafsirkan bahawa keputusan telah dibuat.

Menurut Pound kemungkinan amat tipis bagi sukan tersebut diteruskan pada 24 Julai ini.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa akan mengambil masa empat minggu bagi memutuskan secara muktamad tentang perkara tersebut.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here