Covid-19: 106 kes baharu dengan jumlah kumulatif 1,624, satu kes kematian

0
738
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

KUALA LUMPUR — Terdapat 106 kes baharu dilaporkan sehingga 12 tengah hari ini menjadikan kes positif COVID-19 di Malaysia berjumlah 1,624 kes, manakala kematian akibat wabak itu kini 15 orang dengan satu kematian dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata berdasarkan siasatan awal, daripada 106 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 43 kes berkaitan dengan kluster perhimpunan di Sri Petaling.

“Sebanyak 63 kes lagi adalah berkaitan dengan lain-lain kluster dan masih lagi dalam siasatan untuk kepastian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata sehingga kini, 64 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.

-Bernama

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here