28 ditangkap sepanjang pelaksanaan PKP

    0
    562
    ANGGOTA keselamatan yang terdiri daripada PDRM dan Tentera ketika bertugas pada sekatan jalan raya di Jalan Subang Utama menuju ke Kuala Lumpur. Sekatan jalan raya merupakan salah satu tindakan oleh pihak keselamatan sepertimana arahan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac bagi membendung wabak COVID-19. NSTP/OSMAN ADNAN

    DUA puluh lapan individu telah ditahan sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan untuk membendung pandemik Covid-19, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.

    Beliau juga menasihatkan akyat Malaysia supaya mematuhi PKP dan tinggal di rumah kecuali wujud keperluan untuk keluar.

    Mulai Ahad lalu, Angkatan Tentera Malaysia telah dikerahkan ke seluruh negara untuk membantu polis dalam menguatkuasakan PKP.

    Pada sidang akhbar tengah hari ini, Ismail Sabri mengingatkan orang ramai bahawa pihak berkuasa mungkin terpaksa mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas mereka dan enggan mematuhi perintah dan nasihat yang diberikan oleh polis semasa tempoh PKP.

    “695 laporan polis telah dibuat. 46 kes sedang disiasat dan 46 IP (kertas siasatan) telah dibuka. 28 orang telah ditangkap.

    “Saya menasihatkan (orang ramai) supaya tidak mencabar undang-undang. Apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang adalah menjaga keselamatan diri dan keluarga,” kata Ismail Sabri.

    Menteri itu tidak menyebutkan bila 28 individu berkenaan ditahan sejak PKP dikuatkuasakan bermula pada 18 Mac lalu.

    https://www.malaysiakini.com/news/516531

    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here