Beli produk Petronas tanda hargai bantuan RM20j tangani Covid-19

0
1265
Saadiah Sulaiman

Oleh ARRAZAQ NAZRI

KUALA LUMPUR– Rakyat Malaysia digesa menyokong Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dengan membeli produk keluaran syarikat itu sebagai menghargai pemberian bantuan RM20 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menangani Covid-19.

Kebanyakan netizen memuji tindakan Petronas yang masih memberikan sumbangan di sebalik penurunan pendapatannya akibat kejatuhan harga minyak mentah dunia.

Menurut surirumah dari Muar Johor, Saadiah Sulaiman,54, berkata, langkah Petronas sepatutnya diikuti oleh syarikat-syarikat korporat lain yang sekian lama mengaut keuntungan di negara ini.

Saadiah dalam Facebooknya berkata, Malaysia berada pada fasa ujian yang genting dalam memerangi pandemik yang berbahaya itu, sewajarnya pihak korporat selain Petronas melakukan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pada saat ini.

Pandangan Saadiah disokong oleh seorang lagi netizen iaitu surirumah dari Bahau Negeri Sembilan, Amira Kataruddin, 30, yang terharu dengan sumbangan Petronas itu.

“Saya berjanji akan menggunakan produk Petronas sebagai tanda sokongan.

Amira Kataruddin

“Pada saat ini saya turut mempunyai ibu saudara yang merupakan seorang jururawat dan sedang berhempas-pulas merawat pesakit Covid-19 di Hospital Ipoh. Sesungguhnya bantuan Petronas amat bermakna untuk staf KKM,” kata beliau.

Seorang pengguna Facebook dari Ipoh, Shahdali Yusairi, 27, mengakui bahawa ketika harga minyak kini murah harga, pengguna mempunyai banyak pilihan.

“Namun sebagai rakyat Malaysia yang patriotik dan pengguna motosikal, saya akan membeli minyak Petronas. Buat masa ini isi penuh dulu, nanti selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kita boleh ke mana-mana.

“Terima kasih kepada Petronas yang menyumbang kepada KKM,” katanya.

Shahdali Yusairi

Beliau berkata, sekiranya langkah pemberian sumbangan Petronas dicontohi, insha Allah, kemelut yang melanda ini akan dapat dibasmi.

“Bagi menyokong Petronas yang bermurah hati menyumbang RM20 juta kita pula belilah produk Petronas,” tambah beliau.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here