Olimpik Tokyo 2020 ditunda tidak lewat musim panas 2021

    0
    147

    Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD

    SEMINGGU selepas berkeras untuk meneruskan Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada 24 Julai hingga 9 Ogos ini di tengah-tengah penularan wabak maut Coronavirus (Covid-19), Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) akhirnya akur dengan situasi semasa dunia untuk menunda tarikh temasya edisi ke-32 itu.

    Situasi itu disokong dengan maklumat terbaharu Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus bahawa pandemik itu ‘kian pesat’ setiap jam sehingga lebih 375,000 kes kini dicatat di seluruh dunia dan di hampir setiap negara.

    Siaran media IOC dalam laman sesawang, olympic.org hari ini, memberitahu: “Presiden IOC, Thomas Bach dan Perdana Menteri Jepun, Abe Shinzo memutuskan bahawa Sukan Olimpik Ke-32 di Tokyo mesti dijadualkan semula ke satu tarikh yang melebihi 2020 tetapi tidak lewat dari musim panas 2021.

    “(Keputusan ini) demi menjaga kesihatan atlet-atlet, semua orang yang terlibat dalam Sukan Olimpik dan masyarakat antarabangsa,” kata siaran media itu ekoran sidang video pagi ini antara kedua-dua pemimpin ini bagi membincangkan persekitaran yang semakin berubah berkaitan Covid-19 dan temasya sukan terbesar empat tahun sekali itu.

    Sidang itu turut disertai Mori Yoshiro, Presiden Jawatankuasa Pengelola Tokyo 2020, Menteri Olimpik – Hashimoto Seiko, Gabenor Tokyo – Koike Yuriko, Pengerusi Suruhanjaya Penyelaras IOC – John Coates, Ketua Pengarah IOC -Christophe De Kepper dan Pengarah Eksekutif Sukan Olimpik IOC, Christophe Dubi.

    “Para pemimpin itu bersetuju bahawa Sukan Olimpik Tokyo mampu berdiri sebagai satu suar harapan kepada dunia ketika masa-masa sukar ini dan bahawa obor Olimpik akan menjadi cahaya pada hujung terowong di mana dunia mengalaminya sekarang.

    “Justeru telah dipersetujui bahawa obor Olimpik akan kekal di Jepun. Juga dipersetujui bahawa temasya ini akan mengekalkan nama Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020,” kata siaran itulagi.

    Bach dan Abe menurut siaran itu, berkongsi dan meluahkan kebimbangan mereka mengenai pandemik itu di seluruh dunia dan apa yang menimpa nyawa manusia dan kesan besar yang berlaku pada persediaan atlet-atlet di seluruh dunia bagi Olimpik.

    Dalam satu mesyuarat yang amat mesra dan membina, kedua-dua pemimpin turut menyanjungi usaha Jawatankuasa Pengelola Tokyo 2020 dan menyedari kemajuan yang besar dilakukan di Jepun bagi memerangi Covid-19.

    BebasNews
    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here