Covid-19 tular pantas di bandar raya New York

0
345
FOTO: ikimedia Commons/The National Guard / CC BY (https://creativecommons.org/licenses/by/2.0)

Oleh FETTY RARA

GABENOR New York Andrew Cuomo merayau supaya dihantar lebih banyak bekalan perubatan ke bandar raya New York kerana wabak tersebut merebak terlalu pantas seperti ‘kereta api laju.’

Kemuncak wabak itu didapati lebih tinggi daripada dijangkakan dan berlaku lebih awal, jelas beliau kepada wartawan semalam.

Beliau berkata bekalan perubatan yang dihantar oleh kerajaan pusat jauh daripada mencukupi untuk menyelamatkan nyawa penduduk New York, lapor bbc.com.

Bandar raya tersebut mencatatkan lebih 25,000 kes dengan sekurang-kurangnya 210 kematian.

Semalam Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata Amerika Syarikat berisiko menjadi pusat baharu pandemik Covid-19.

Amaran tersebut muncul selepas Presiden Donald Trump berkata beliau berharap negara itu akan beroperasi semula sepenuhnya bulan hadapan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here