Covid-19: Satu lagi kematian, jumlah terkini kematian 17 kes – Dr Noor Hisham

0
284

SATU lagi pertambahan kes kematian baharu yang dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC) Kebangsaan, menjadikan kes kematian COVID-19 di Malaysia,17 orang setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes kematian ke-17 (kes ke-1251) adalah seorang warganegara Malaysia berusia 66 tahun dengan latarbelakang beberapa penyakit kronik.

“Beliau telah mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 20 Mac, 2020. Keadaan beliau kritikal semasa tiba di Jabatan Kecemasan dan seterusnya memerlukan bantuan pernafasan pada hari yang sama,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman Facebook beliau, pagi ini.

“Beliau disahkan positif COVID-19 pada 21 Mac, 2020. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 25 Mac, 2020, pukul 4.10 pagi,” katanya.

Punca jangkitan COVID-19 mangsa masih dalam siasatan.

Kementerian Kesihatan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa, menurut Dr Noor Hisham.

—BERNAMA
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here