Covid-19: Masjid Bukit Damansara gesa yang rapat dengan 3 keluarga supaya jalani ujian

0
734

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

JAWATANKUASA Masjid Sayidina Umar Al Khattab meminta sesiapa pernah rapat dengan tiga keluarga di Bukit Damansara yang didapati positif Covid-19 supaya segera menjalani ujian.

Dalam satu surat yang ditujukan kepada ahli kariah masjid tersebut mereka memaklumkan  bahawa tiga keluarga itu telah memberi tahu bahawa mereka positif Covid-19 setelah kembali dari seberang laut pada 11 Mac, lapor The Star.

Tiga keluarga itu termasuk seorang mejar bersara bersama isterinya, seorang doktor dan dua lagi pasangan.

Jawatankuasa itu turut mengumumkan nama-nama kesemua lima pesakit Covid-19 itu bagi mengingatkan semua yang pernah rapat dengan mereka.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here