KKMM perjelas beberapa berita palsu tular dalam media sosial

0
142

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan saman RM300 dikenakan jika menaiki kereta lebih daripada seorang dan RM200 sekiranya tidak memakai penutup mulut dan hidung, susulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 18-31 Mac.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan PDRM turut menafikan dakwaan empat lelaki India yang didapati positif COVID-19 telah lari dari Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang.

“Pihak Hospital Dungun turut menafikan kesemua staf hospital itu telah dikuarantin. Walaupun terdapat kes positif COVID-19 di hospital itu, arahan kuarantin tidak melibatkan kesemua staf seperti yang didakwa,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, Kementerian Kesihatan juga menafikan hilang selera makan dan hilang deria bau antara simptom baharu COVID-19 yang dikesan.

Dalam pada itu pejabat Menteri Besar Selangor menafikan dakwaan beberapa lokasi panas wabak COVID-19 meliputi kawasan Sg. Lui, Sg. Ramal Dalam, Sg. Merab dan Jalan Kebun yang kononnya dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor.

— BERNAMA

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here