Selamat tinggal sahabat kami sekelian…

1
4825

Oleh ZAINI HASSAN

[KEMASKINI]

AFANDI DOLLAH, bekas Pengarah Urusan Dataprep Holdings Berhad yang juga aktivis alumni UiTM, meninggal dunia di rumahnya di Damansara awal pagi Selasa 24 Mac.

Kesihatan Allahyarham sejak beberapa hari lalu dikatakan kurang baik dan mengalami batuk dan demam.

Jenazah Allahyarham selamat dikafan dan disolat di Hospital Sungai Buloh pagi ini sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara untuk dikebumikan tengah hari ini Khamis 26 Mac.

Menurut anak saudara arwah, Puan Suharti, kelewatan urusan pengkebumian adalah disebabkan doktor melakukan ujian kedua bagi menentukan sama ada arwah mempunyai simptom Covid-19.

“Hasil ujian kedua itu mendapati arwah tidak mempunyai gejala Covid dan hasil bedah siasat awal menunjukkan punca kematian adalah disebabkan oleh masalah kegagalan jantung,” katanya menerusi Whatsapp.

Allahyarham berusia 68 tahun.

Bekas Exco Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) itu pernah bertugas dengan beberapa syarikat teknologi maklumat sebelum menubuhkan syarikat IT Solsis (M) Sdn Bhd.

GAMBAR kenangan Presiden Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM), Datuk Zaini Hassan bersama Osman Ismail (kiri) dan arwah Afandi.

Solsis kemudian bergabung dengan syarikat IT terkemuka negara, Dataprep Holdings Bhd, yang kemudian menempa rekod menjual pekakasan HP 9000 yang pertama di Asia.

Afandi, lulusan Sains Komputer ITM 1978 merupakan antara permata fakulti itu di atas pencapaiannya di dunia korporat.

Allayharham juga merupakan antara penggerak utama PAUiTM dalam konvoi sukarelawan banjir besar negara 2014. Konvoi sebanyak hampir 30 jentera itu bergerak dari UiTM Shah Alam ke beberapa daerah di negeri Pahang.

Konvoi itu disambut oleh Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan Menteri Pengajian Tinggi pada masa itu, Datuk Seri Idris Jusoh.

Seorang yang amat peramah dan disukai ramai, Allahyarham, bekas pelajar Sekolah Teknik Cheras buat masa ini dikatakan terbabit dalam satu projek pelombongan.

Semoga roh Allahyarham Afandi dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama hambaNya yang soleh.

Berikut adalah antara salam takziah daripada sahabat-sahabat beliau:

Innalillahiwainnaillaihirojiuon. Al-Fatihah. Just for info and hopefully minta all your doas

I lost a very good friend n my house mate, Apandi Dollah, this morning at abt 12:30 am. He was my housemate during my bachelor days n was the previous owner of Data Prep Bhd (listed co). He was having flu, demam n coughing the last 3 days and he was scheduled to go for test/screening today.

He called me on Sunday and we chatted for about 30 mins about the Covid19 issues.

Since he was having all the Covid19 symptoms, jenazah beliau dibawa ke hospital Sg Buloh for post mortem and I was told the result will only be known tomorrow morning.

Marilah sama2 kita berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan digulungkan dlm ahli2 syurga.

He was my good friend.. we were together in the earlier days of IT Industry. The most and the 1st successful Malay IT entrepreneur … AlFatihah

— Datuk Wan Mohamed Fusil Wan Mahmood, Chairman & CEO Mesiniaga.

Al-Fatihah. He was always teasing me as his office is just one floor from mine. Tok Zaini we had some fond and fun memories with him. Nak nangis.

— Datuk Poziah Abdul Rahman, Board Member, Tabung Pendidikan 1 Bilion (TP1B), an Alumni UiTM education foundation.

Allahyarham Afandi, my friend semasa di ITM. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
— Datuk Wan Ismail Wan Jusoh, Former GM Bank Islam, Board Member TP1B.

One of the early bumiputra entrepreneur to venture into IT business . Dataprep Holdings later known as Solisnet. Affable and friendly person. Apandi Dollah along with Yasmin Mahmood , Badrulhisham left a name in the industry.
— Randhir Singh, Former NST Journalist and a friend.

Allahyarham ialah senior saya di Sekolah Teknik Cheras bersama-sama Datuk Seri Ir Zain Mohamed (bekas Menteri Kerjaraya). Saya kemudian bertemu dengan beliau di ITM. Kemudian bersama-sama aktif dalam gerakan Alumni UiTM, PAUiTM. Seorang yang peramah, mesra dan kuat kerja. Al Fatihah.
— Haji Osman Ismail.

— BebasNews

Please follow and like us:

1 COMMENT

  1. What a sad loss to the IT Industry of Malaysia and his many friends and family. Afandi was the funnest IT guy to play golf with, do business and get things done. He was truly a pioneer at Solsis and DataPrep. I was so sad to see this loss and will remember his wild golf swing and playing at his course when I worked at HP 30 years ago, based in HK. Rahman Putra was his course I believe? I still have the golf ball and pics of all of his buddies. May he rest in peace and continue his great journey elsewhere.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here