Menteri cadang aktiviti masjid, surau ditangguh hingga 14 April

0
122
fotoBERNAMA

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri yang memantau hal ehwal agama Dr Zulkifli Mohamad mencadangkan agar tempoh penangguhan semua aktiviti di masjid dan surau, termasuk solat Jumaat dilanjutkan sehingga habis tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 14 April ini.

Zulkifli membuat cadangan itu selepas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan PKP, yang pada mulanya dijadual tamat 31 Mac, akan dilanjutkan sehingga 14 April.

“Saya menyerahkan pertimbangan dan keputusan pihak berkuasa agama Islam di setiap negeri.

“Saya juga mengharapkan semua umat Islam dapat mematuhi arahan ini dengan menunaikan solat Zohor pada hari Jumaat dan juga solat fardhu di rumah atau di tempat masing-masing,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Terdahulu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menerusi siaran secara langsung di televisyen mengumumkan lanjutan PKP.

Setakat tengah hari tadi, sebanyak 172 kes baru Covid-19 direkodkan pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,796 kes.

Malaysia juga mencatatkan 19 kematian akibat Covid-19 setakat tengah hari tadi.

https://www.malaysiakini.com/news/516788
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here