EMPAT lagi kematian berhubung kes Covid-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kematian sebanyak 19 orang, kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau menambah bahawa jumlah kes Covid-19 setakat tengah hari tadi adalah 1,796 kes seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada jam 1 petang tadi.
Jumlah kes baru pula adalah 172.
Daripada jumlah kes baru itu, 71 telah dikesan berasal dari kluster kumpulan tabligh di Sri Petaling , Kuala Lumpur yang berhimpun lewat bulan lalu.
Beliau turut mengumumkan 73 anggota KKM positif Covid-19. Sehubungan itu, katanya seramai 1,895 anggota kesihatan telah mejalani ujian saringan bagi mengesan Covid-19.
Daripada jumlah itu, 1,187 negatif manakala 708 masih menunggu keputusan.