Putera Charles positif Covid-19

0
597
PHOTO: Wikimedia Commons/ Dan Marsh / CC BY-SA (https://creativecommons.org/licenses/by-sa/2.0)

Oleh FETTY RARA

DALAM perkembangan terbaharu pewaris takhta British, Putera Charles telah didapati positif Covid-19.

Charles yang merupakan anak sulong Ratu Elizabeth, berusia 71 tahun, lapor Reuters.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kediaman diraja British, Clarence House berkata Charles dan isterinya, Camilla kini dikuarantin secara sukarela di kediaman mereka di Scotland.

Setakat ini belum dapat dipastikan Charles dijangkiti virus tersebut daripada siapa memandangkan beliau telah menghadiri begitu banyak majlis sejak beberapa minggu ke belakangan ini.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here