Konflik Afghanistan: Pejuang militan gempur kuil Sikh di Kabul

0
375
FOTO: Sebuah kuil Sikh di Kabul/Wikimedia Commons.

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

PASUKAN keselamatan Afghanistan bertempur dengan sekumpulan militan yang menggempur sebuah kuil masyarakat minoriti Sikh di bahagian tengah Kabul hari ini.

Setakat ini sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan beberapa orang lagi mengalami kecederaan berikutan serangan pengebom berani mati yang disusuli dengan penggempuran oleh militan kumpulan militan bersenjata pada pukul 7.45 waktu tempatan.

Menurut bbc.com pada waktu serangan terdapat kira-kira 150 orang di dalam kuil tersebut dan beberapa orang sempat diselamatkan.

Sejurus serangan itu bermula hadirin di kuil tersebut lari menyembunyikan diri dan mematikan telefon mereka.

Reuters memetik seorang jurucakap kementerian kesihatan Afghanistan bahawa difahamkan seorang kanak-kanak antara yang terbunuh dan jumlah mangsa mungkin mkeningkat.

Kumpulan pengganas ISIS yang sebelum ini pernah menyasarkan masyarakat Sikh di Afghanistan berkata mereka bertanggungjawab melancarkan serangan itu.

Puak Taliban, bagaimana pun menafikan pembabitan mereka.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here