Pelanggan AKPK turut diberi moratarium

0
1524

KUALA LUMPUR — Para pelanggan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akan turut memberikan moratorium selama 6 bulan selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini.

Agensi pengurusan kredit berkenaan dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini menyatakan, penangguhan selama enam bulan berkenaan akan bermula bermula April ini sehingga September 2020.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh unit Komunikasi Korporat AKPK itu, pemberian penangguhan pembayaran ini akan berlangsung secara automatik.

Ini bermakna para pelanggan agensi berkenaan tidak perlu membuat sebarang permohonan untuk mendapatkan moratorium tersebut.

Walaubagaimanapun, AKPK menggalakkan para pelanggannya untuk membuat pembayaran seperti biasa sekiranya anda ingin berbuat demikian.

Kenyataan tersebut turut menyatakan, setiap pembayaran yang diterima akan disalurkan kepada institusi-institusi kewangan yang berkenaan.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, para boleh mengisikan borang atas talian yang boleh diperolehi melalui pautan http://bit.ly/AKPKdmp2020 atau dengan mengimbas kod QR yang disertakan di bawah.

–BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here