Covid-19: ‘Lockdown’ penuh di India selepas lonjakan berbahaya jumlah jangkitan

0
478

Oleh FETTY RARA

PERDANA Menteri India Narendra Modi mengenakan perintah ‘lockdown penuh’ seluruh negara itu dalam usaha memperlahankan penularan wabak Covid-19.

Tindakan tersebut berkuat kuasa pada tengah malam waktu tempatan dan akan berlarutan selama 21 hari, lapor bbc.com.

Bercakap melalui TV, Modi berkata semua rakyat tidak dibenarkan keluar dari rumah masing-masing.

Walaupun beliau menasihatkan penduduk India supaya tidak panik, orang ramai terus menyerbu ke kedai dan gedung untuk mendapatkan barangan keperluan asas di seluruh Delhi dan bandar raya lain.

Tidak dapat dipastikan bagaimana atau pun sama ada orang ramai dibenarkan keluar untuk membeli makanan dan lain-lain barangan keperluan.

Tindakan baharu itu dilaksanakan berikutan kenaikan jumlah kes secara mendadak sejak beberapa hari kebelakangan dengan catatan 519 kes sah positif dan 10 kematian di India.

India dengan bilangan penduduk 1.3 bilion antara beberapa negara di dunia yang mengenakan tindakan ‘lockdown’ penuh berikutan keadaan yang semakin membimbangkan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here