Kementerian senarai 3 lagi berita palsu tular di media sosial

0
244

KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia pagi ini menyenaraikan 3 lagi dakwaan berkaitan Covid-19 yang tular di media sosial sebagai berita palsu.

Dalam kenyataan, ia berkata Kementerian Kesihatan menafikan mengeluarkan sebarang tatacara operasi standard untuk pembelian barangan keperluan harian bagi musim Covid-19.

Hospital Kluang juga menafikan fasiliti hospital lama digunakan bagi menempatkan pesakit bukan Covid-19 dari hospital baru, manakala Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor menafikan keadaan wabak semakin parah di daerah itu.

Sehingga kini, seramai 1,796 orang diuji positif Covid-19 dengan 20 kematian dilaporkan.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/03/26/kementerian-senarai-3-lagi-berita-palsu-tular-di-media-sosial/
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here