Kerajaan rampas lebih 200,000 topeng muka yang disorok

0
856

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas 223,000 unit topeng muka tiga lapisan berjumlah RM446,000 yang disorok untuk dijual dengan harga lebih tinggi, di sebuah premis di Kota Damansara, Petaling Jaya.

KPDNHEP mendapati premis tersebut berbuat demikian dengan tujuan untuk menjualnya secara tersembunyi kepada pelanggan dengan harga yang lebih tinggi iaitu RM3.50 seunit, iaitu melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan iaitu RM2.00 seunit.

“Operasi ini dijalankan hasil daripada maklumat yang diterima daripada orang awam berkaitan penjualan topeng muka yang melebihi harga maksimum kawalan di Facebook Face Mask Wholesale (Malaysia Only) dan Pseud John Elton.

“Kaedah penjualan adalah melalui pesanan aplikasi whatsapp dan barang dihantar melalui pos atau melalui kaedah cash on delivery (COD) di kawasan Kota Damansara Petaling Jaya,” menurut kenyataan itu.

Suspek didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011) dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM500,000.00.

Bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM1 juta atau jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Dan bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

https://www.malaysiakini.com/news/516911
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here