Penduduk Jakarta balik kampung awal untuk Aidil Fitri walaupun digugat kebimbangan Covid-19

0
739
FOTO: Wikimedia Commons/Coris at the Indonesian language Wikipedia / CC BY-SA (http://creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0/)

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

WALAUPUN kerajaan Indonesia belum lagi memutuskan sama ada untuk melarang jutaan penduduk Jakarta pulang ke kampung untuk merayakan Aidil Fitri namun ramai yang mula berpusu-pusu bergerak bagi tujuan tersebut.

Ada di antara mereka menganggapnya sebagai sesuatu yang biasa memandangkan wabak Covid-19 telah memperlahankan operasi pekerjaan atau pun tempat bekerja ditutup, tanpa mengambil kira bahawa Aidil Fitri hanya menjelma pada lewat Mei, lapor akhbar The Jakarta Post.

Gabenor Jawa Tengah Ganjar Pranowo berkata beliau mendapat laporan daripada beberapa datuk bandar dan ketua provinsi yang melihat semakin ramai orang ramai memasuki wilayah mereka.

FOTO: Antara.

Menurut Ganjar di bandar Jepara sahaja sebanyak 44 bas tiba dari Jakarta membawa anak perantau pulang, dan keadaan itu menyahihkan apa yang didakwa.

Walaupun tahap kesihatan mereka yang pulang tidak dapat dipastikan namun beliau berharap mereka tidak akan membawa bersama musibah kepada penduduk kampung.

Beliau juga merayu kepada orang ramai yang belum berbuat demikian supaya membatalkan rancangan pulang ke kampung buat sementara.

Gabenor Jawa Barat Ridwan Kamil berkata jumlah orang ramai yang sedang disiasat berhubung Covid-19 meningkat mendadak di wilayah tersebut disebabkan fenomena itu.

Dalam pada itu pihak Kementerian Pengangkutan sedang mempertimbangkan sama ada akan melarang tradisi mudik (pulang ke kampung) untuk Aidil Fitri.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here