Covid-19: Agong dan Raja Permaisuri Agong menjalani kuarantin diri

0
233

KUALA LUMPUR — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sedang menjalani kuarantin diri selama 14 hari, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.

“Seri Paduka Baginda berdua menjalani saringan kesihatan dan pengesanan COVID-19 dan disahkan negatif.

“Lanjutan daripada proses saringan ini, Seri Paduka Baginda berdua sedang menjalani kuarantin diri selama 14 hari, mulai semalam,”  katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata ini berikutan tujuh petugas Istana Negara disahkan positif COVID-19 dan kini menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

-Bernama

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here